Tapak projek

Tapak projek

Thursday 12 May 2016

SETAHUN SEPI..

Setahun blog ini tidak diupdate, dah bersawang.. tp sepi x bermakna berhenti dalam arena penternakkan kelulut. Kini sementa agro farm telah bertukar kepada Kusra Enterprise atas alasan yang tidak boleh dielakkan. Kini Kusra Enterprise telah mempunyai sebanyak lebih 200 koloni pelbagai jenis kelulut. Majoriti yang diternakk adalah h.itama. Kusra Enterprise juga telah mengeluarkan madu untuk pasaran runcit dan borong selain mula mengeluarkan produk hiliran seperti sabun dan beberapa produk yang masih dalam perancangan untuk dikeluarkan. Selain itu, Kusra Enterprise juga membekalkan log kelulut dan log kelulut yang sudah siap ditopping dengan harga berpatutan. Sekian dengan update terbaru ini diharap agar Kusra Enterprise lebih maju dan berdaya saing di masa-masa hadapan.

Sunday 22 February 2015

SELAMAT DATANG MUSIM PANAS...

Setelah sekian lama musim hujan tanpa henti melanda dan beberapa koloni gagal meneruskan kemandirian koloninya diikuti berpuluh-puluh koloni kian lemah menggusarkan hati. Akan tetapi, setelah tamatnya musim hujan ini, koloni kelihatan semakin aktif dan mula memenuhkan kantung-kantung madu. Musim panas disambut girang koloni-koloni kelulut yang semakin galak berterbangan mencari sumber makanan di sekitar kawasan berdekatan...

Selamat datang musim panas...

Tuesday 6 January 2015

PERMULAAN YANG LALU...

Dengan waktu yang terbatas, blog ini akan diupdate sesuai dengan tarikh dan masa aktiviti tersebut berlangsung. Jadi tarikh postingnya juga diedit berdasarkan tarikh sebenar. Setakat ini dahulu buat masa ini, sekian terima kasih.

Thursday 18 December 2014

SALAM PERKENALAN DARI KAMI

Salam perkenalan dari kami SEMENTA AGRO FARM!
Kami akan mula membuat posting di dalam blog ini berkenaan stingless bee atau lebih dikenali sebagai kelulut ataupun lebah trigona bermula awal tahun 2015. Pelbagai bahan-bahan yang berkenaan tentang lebah kelulut, projek kami dan produk kami sedang disunting untuk memudahkan posting dibuat.

Sekian buat sementara waktu dari kami SEMENTA AGRO FARM!! 

Tuesday 9 December 2014

KUNJUNGAN WAKIL FELDA WILAYAH MEMPAGA..







Berbesar hati menerima kunjungan wakil dari FELDA Wilayah Mempaga, diiringi oleh wakil FELDA Tersang 2 dan Ketua Blok. Lawatan mengejut ini hanyalah untuk 1st impression kerana lawatan susulan akan dibuat pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Monday 8 December 2014

MENGEMAS KAWASAN TAPAK PROJEK..






Mengemas kawasan tapak projek terutama di kawasan koloni itama. Lebihan kayu yang dipotong dikutip dan ditempatkan disatu tempat untuk dibakar. Hari hujan merencatkan proses membersih dan mengemas tapak projek. Tujuan mengemas tapak ini adalah kerana akan mendapat kunjungan mengejut wakil Felda wilayah keesokkan harinya.

Sunday 7 December 2014

PEMASANGAN TOPING KOLONI TERMINATA DAN LAEVICEPS..







Pemasangan toping untuk 70 koloni terdiri daripada jenis terminata dan laeviceps bermula. Proses sama yang berulang seperti koloni jenis itama. Kerja-kerja juga banyak tergendala kerana hari kerap hujan.