Tapak projek

Tapak projek

Saturday 18 October 2014

BERMULANYA PROSES MEMASANG TOPING..









Hari yang ditunggu dah tiba, dengan menggunakan chainsaw dan beberapa alat lain proses pemasangan toping dimulakan. Beberapa orang rakan yang berminat untuk belajar turut membantu. Oleh kerana kotak telur tidak disediakan awal, telur dari batang koloni yang telalu reput terpaksa dipindahkan ke dalam batang kayu lebihan. Kerja agak mudah sekiranya tahu mengendalikan chainsaw selain perlu sabar memotong batang kayu agar tidak terkena telur di dalamnya. Kerenah koloni kelulut yang mengerumini kepala amat-amat menguji kesabaran..

Friday 17 October 2014

PROSES SETERUSNYA..








Kotak toping dah siap sepenuhnya.. untuk proses seterusnya lubang perlu ditebuk pada bahagian bawah kotak toping untuk membuat laluan masuk kelulut ke dalam kotak toping. Selain itu, plastik lutsinar diletakkan di dalam kotak toping untuk memudahkan proses tuaian nanti. Kalau tidak penutup kotak toping akan melekat kerana ditampal propolis kelulut. Plastik hitam pula ditampal dibahagian luar untuk memastikan kotak toping 100% gelap dan boleh mengelakkan air dari memasuki kotak toping.

Sunday 12 October 2014

TUAIAN PERTAMA KOLONI PERCUBAAN..




Sedar tak sedar koloni percubaan sudah menjangkau lebih tiga bulan lamanya selepas proses toping, jadi aku rasa dah tiba masa untuk cuba menuai kali pertama dan hasilnya.. satu koloni berjaya menghasilkan lebih kurang 300g hingga 400g madu. Seronok jugak sebab ini kali pertama aku tuai hasil.. Rasa makin bersemangat untuk terus berkosentrasi dalam penternakan kelulut ni..