Tapak projek

Tapak projek

Thursday 18 December 2014

SALAM PERKENALAN DARI KAMI

Salam perkenalan dari kami SEMENTA AGRO FARM!
Kami akan mula membuat posting di dalam blog ini berkenaan stingless bee atau lebih dikenali sebagai kelulut ataupun lebah trigona bermula awal tahun 2015. Pelbagai bahan-bahan yang berkenaan tentang lebah kelulut, projek kami dan produk kami sedang disunting untuk memudahkan posting dibuat.

Sekian buat sementara waktu dari kami SEMENTA AGRO FARM!! 

Tuesday 9 December 2014

KUNJUNGAN WAKIL FELDA WILAYAH MEMPAGA..







Berbesar hati menerima kunjungan wakil dari FELDA Wilayah Mempaga, diiringi oleh wakil FELDA Tersang 2 dan Ketua Blok. Lawatan mengejut ini hanyalah untuk 1st impression kerana lawatan susulan akan dibuat pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Monday 8 December 2014

MENGEMAS KAWASAN TAPAK PROJEK..






Mengemas kawasan tapak projek terutama di kawasan koloni itama. Lebihan kayu yang dipotong dikutip dan ditempatkan disatu tempat untuk dibakar. Hari hujan merencatkan proses membersih dan mengemas tapak projek. Tujuan mengemas tapak ini adalah kerana akan mendapat kunjungan mengejut wakil Felda wilayah keesokkan harinya.

Sunday 7 December 2014

PEMASANGAN TOPING KOLONI TERMINATA DAN LAEVICEPS..







Pemasangan toping untuk 70 koloni terdiri daripada jenis terminata dan laeviceps bermula. Proses sama yang berulang seperti koloni jenis itama. Kerja-kerja juga banyak tergendala kerana hari kerap hujan.

Friday 5 December 2014

KOTAK TOPING UNTUK KOLONI BARU...






Sebanyak 70 kotak toping telah disiapkan untuk koloni terminata dan laeviceps. Sebahagiannya masih belum diletakkan plastik lutsinar dan plastik hitam.

Sunday 16 November 2014

PROSES PEMASANGAN TOPING SIAP..








Akhirnya proses pemasangan toping siap sepenuhnya untuk 110 koloni itama. Kini beralih pula kepada 70 koloni kelulut yang baru sampai. Kerja-kerja juga banyak tergendala kerana hujan mula kerap turun.

Thursday 13 November 2014

TUNTUTAN WARANTI..








Beberapa koloni yang baru sampai mempunyai masalah dan kelulut meninggalkan batang kayu@ memang kosong sewaktu sampai. Hal ini telah dimaklumkan kepada supplier dan beliau sanggup menggantikannya semula.

Saturday 8 November 2014

70 KOLONI TAMBAHAN...






Oleh kerana melihat potensi yang baik dalam bidang penternakan kelulut, 70 koloni lagi ditambah. Kali ini koloni terdiri daripada 50 koloni jenis terminata dan 20 koloni dari jenis laeviceps. Tambahan ini dibuat untuk mempelbagaikan koleksi jenis kelulut selain dapat mempelajari kelakuan jenis kelulut yang lain secara lebih dekat. Koloni juga akan ditambah secara berkala untuk beberapa bulan akan datang.

Tuesday 4 November 2014

PENYEDIAAN KOTAK TELUR..







Oleh kerana sebelum ini mempunyai masalah batang kayu koloni terlalu reput, kotak telur disediakan untuk memindahkan telur kelulut terus ke dalam kotak.

Saturday 18 October 2014

BERMULANYA PROSES MEMASANG TOPING..









Hari yang ditunggu dah tiba, dengan menggunakan chainsaw dan beberapa alat lain proses pemasangan toping dimulakan. Beberapa orang rakan yang berminat untuk belajar turut membantu. Oleh kerana kotak telur tidak disediakan awal, telur dari batang koloni yang telalu reput terpaksa dipindahkan ke dalam batang kayu lebihan. Kerja agak mudah sekiranya tahu mengendalikan chainsaw selain perlu sabar memotong batang kayu agar tidak terkena telur di dalamnya. Kerenah koloni kelulut yang mengerumini kepala amat-amat menguji kesabaran..

Friday 17 October 2014

PROSES SETERUSNYA..








Kotak toping dah siap sepenuhnya.. untuk proses seterusnya lubang perlu ditebuk pada bahagian bawah kotak toping untuk membuat laluan masuk kelulut ke dalam kotak toping. Selain itu, plastik lutsinar diletakkan di dalam kotak toping untuk memudahkan proses tuaian nanti. Kalau tidak penutup kotak toping akan melekat kerana ditampal propolis kelulut. Plastik hitam pula ditampal dibahagian luar untuk memastikan kotak toping 100% gelap dan boleh mengelakkan air dari memasuki kotak toping.

Sunday 12 October 2014

TUAIAN PERTAMA KOLONI PERCUBAAN..




Sedar tak sedar koloni percubaan sudah menjangkau lebih tiga bulan lamanya selepas proses toping, jadi aku rasa dah tiba masa untuk cuba menuai kali pertama dan hasilnya.. satu koloni berjaya menghasilkan lebih kurang 300g hingga 400g madu. Seronok jugak sebab ini kali pertama aku tuai hasil.. Rasa makin bersemangat untuk terus berkosentrasi dalam penternakan kelulut ni..

Saturday 27 September 2014

BERMULA AKTIVITI PERTUKANGAN..




Sebelum memulakan proses pemasangan toping, sudah tentulah kotak topingnya perlu disiapkan dahulu. Jika tidak mempunyai masa, kita juga boleh membuat tempahan atau membeli kotak toping yang telah siap tetapi harganya agak mahal. Untuk menjimatkan kos, aku rasa baik buat sendiri kerana kita boleh berjimat dengan banyak disamping mengasah bakat pertukangan yang ada.. haha

Friday 26 September 2014

RISIKO KOLONI LARI..





Dalam penternakan kelulut sememangnya mempunyai beberapa risiko yang merugikan, salah satunya ialah koloni mati atau melarikan diri ke tempat lain. Koloni aku yang baru sampai pun mengalami masalah yang sama, beberapa koloni telah hilang berpindah ke tempat lain. Akan tetapi kami telah mendapat gantian dari pihak supplier memandangkan waranti seminggu yang telah diberikan. Sekiranya koloni bermasalah selepas seminggu, supplier tidak akan bertanggungjawab.

Sunday 21 September 2014

SELAMAT PERGI DAN PULANG...





Syukur ke hadrat  Ilahi, kami pergi dan pulang dengan selamat walaupun hujan agak lebat dalam perjalanan pulang ditambah pula kejadian pokok tumbang di tengah jalan. Perjalanan pulang bermula agak lewat sekitar 12 tengah malam dari Kelantan kerana proses untuk menaikkan batang kelulut agak lambat dan memenatkan. Batang kayunya pulak agak besar dan berat. Seteleh lebih kurang 6-7 jam perjalanan kami sampai juga akhirnya ke Raub, Pahang. Sekitar 11 pagi selesai semua urusan menurunkan sebanyak 111 koloni(110 Itama+1 Thoracica)  ke kawasan yang telah disediakan dari awal. Amat beruntung kerana supplier bermurah hati menghadiahkan satu koloni dari jenis Thoracica. Supplier ini juga menjanjikan seminggu waranti kepada mana-mana koloni yang lari akan diganti. 

Tuesday 19 August 2014

MENGEMAS TAPAK PROJEK..




Keadaan yang agak semak di belakang rumah dengan longgokan sampah merata-rata. Inisiatif diambil untuk membersihkannya. Sampah-sampah dikumpul dan dibakar kesemuanya. Ini merupakan persediaan awal kerana telah mendapat kata putus untuk bertolak ke Kelantan pada 19 Sept ini bagi mengambil 110 koloni kelulut dari jenis T.Itama. Koloni kelulut percubaan juga berada dalam keadaan baik kesemuanya.

Wednesday 13 August 2014

10 TERBAIK...





Setelah beberapa lama, ini antara 10 koloni terbaik yang menunjukkan progress yang positif. Koloni lain tidak bermasalah, cuma agak lambat untuk membuat kon madu di dalam kotak toping. Sesetengahnya langsung tak mahu naik.

Wednesday 6 August 2014

MELAYAN KARENAH KELULUT...


Satu demi satu karenah kelulut perlu dilayan dalam lebih memahami tentang perlakuan dang penjagaan kelulut. Kali ini, satu koloni lagi telah lari meninggalkan sarang. Setelah beberapa ketika memerhati, mengesahkan bahawa benar-benar tiada langsung kelulut keluar masuk melalui corong masuk. Untuk memastikan lagi kesahihannya, telah mencabut toping untuk melihat keadaan di dalam batang koloni. Ternyata memang tiada langsung kelibat kelulut di dalamnya. Timbul satu idea untuk meletakkan batang koloni tersebut betul-betul berdekatan koloni yang aktif. Hasilnya, setelah beberapa ketika muncung kedua-duanya dirapatkan kelulut dari koloni yang aktif mula masuk ke dalam sarang koloni yang ditinggalkan. 

Sunday 20 July 2014

TERUS POSITIF..




Nampaknya koloni kelulut menunjukkan progress yang positif walaupun ada beberapa koloni yang lari. Kelihatan kebanyakan koloni mula naik ke dalam kotak toping membuat kon-kon madu. Koloni telur tumpangan juga menunjukkan progress yang positif. Keseluruhannya, amat berpuashati dengan progress koloni kelulut ini. Lari satu dua koloni tak mengapa dalam memahami kelakuan kelulut, ilmunya amat berguna pada masa mendatang.

Thursday 10 July 2014

PERCUBAAN BERHASIL..



Lebih seminggu setelah menumpangkan telur koloni yang lari mula menampakkan hasil yang positif, telur mula dibalut dengan propolis. Koloni tersebut juga telah mula membuat kon madu dan mula mengumpulkan sisa-sisa pollen dan madu yang diletakkan tempoh hari..

Tuesday 1 July 2014

KOLONI LARI..





Selepas seminggu proses toping siap sebanyak 2 koloni telah lari meninggalkan sarang. Koloni ini dari pemerhatian awal sememangnya bermasalah kerana bilangan koloninya sedikit sejak sampai dan berkemungkinan tidak sempat atau gagal membuat proses recovery. Sama ada mati, atau lari ke tempat lain..
Oleh kerana satu koloni yang lari tersebut masih baru meninggalkan sarang, timbul idea untuk menumpangkan telur koloni tersebut pada koloni lain. Mencuba tak salah kan?

*benda yang berlonggok-longgok kat tepi tu adalah lebihan madu yang bercampur dengan pollen, sengaja diletakkan sekali untuk lihat kelakuan koloni kelulut ni.