Tapak projek

Tapak projek

Sunday 1 June 2014

EPISOD KEGAGALAN LAMPAU..


















Projek lama..












Setelah sekian lama terbengkalai...




Setelah beberapa lama bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan yang berminat dengan penternakan kelulut untuk mencari tapak projek kelulut, membuatkan aku teringat kisah 2 tahun lepas, sebelum aku ke Ipoh bekerja sebagai juruteknik disebuah kilang. Pada waktu tersebut aku sebenarnya telah memulakan satu projek pertanian bersama rakan sekampung bertempat di Kg Budu, Benta Pahang. Malangnya setelah hampir setahun projek tersebut berjalan, kami menemui jalan buntu dan membuat keputusan untuk menghentikan projek tersebut. Bermakna projek tersebut gagal berpunca daripada pelbagai masalah yang amat sukar untuk diatasi. Kini aku kembali bersama beberapa rakan yang berminat meninjau-ninjau kawasan projek lama yang terbengkalai. kalau diikutkan persekitarannya amat sesuai untuk ternakan kelulut, tetapi malangnya kami langkah kiri kerana setelah berjumpa dengan ketua kampung, beliau menyatakan bahawa telah ada pemaju yang berminat untuk membangunkan kawasan tersebut... Kami hanya lewat seminggu! Dulu gagal, kini gagal juga.. Tapi tak akan mengalah. Setelah turun naik Pejabat Pertanian Daerah Lipis, mencadangkan agar kami memilih kawasan lain untuk memulakan projek.

No comments:

Post a Comment